Adsense adalah program pengiklanan dari Google. Dengan Adsense, sekiranya anda mempunyai laman web, anda boleh memohon untuk menyertai program ini. Sekiranya diterima, Google akan meletakkan iklan berbayar dalam laman web anda. Dan sekiranya laman web anda dikunjungi orang, dan mereka klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat sedikit habuan daripada itu.
Mungkin anda tak paham dari mana duit itu datang.
Sebenarnya, Google mempunyai satu lagi program bernama Adwords. Program ini adalah berlawanan dengan program Adsense. Program Adwords merekrut mereka yang ingin mengiklankan perniagaan mereka. Dan pengiklan ini akan dicaj mengikut jumlah klik yang dijana. Iklan-iklan ini pula akan diagih-agihkan kepada jutaan laman web yang menganggotai program Adsense.
Sekiranya anda menganggotai Adsense, sebahagian daripada apa yang dibayar oleh pengiklan adalah apa yang anda akan terima. Tapi itupun bergantung kepada jumlah pengunjung dan jumlah klik yang laman web anda janakan.
Berapa anda dapat untuk satu-satu klik berbeza-beza mengikut berapa yang pengiklan bayar. Ada sesetengah iklan itu murah kliknya. Ada pula iklan-iklan yang mahal kliknya.
Diandaikan secara purata anda menerima $0.20USD untuk satu klik, dan laman web anda menjana 25 klik sehari, anda akan menerima $5USD sehari. Didarab dengan 30 hari sebulan, anda boleh menjana $150USD sebulan. Tapi ini adalah andaian sahaja. Hasil yang anda dapat mungkin berbeza.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Adsense, anda boleh lawati laman webnya: http://www.google.com/…./adsense_tour
Rujukan:
http://silentsakky.wordpress.com/2006/07/15/apa-itu-adsense/
Wednesday, September 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DOWNLOAD e-book PERCUMA!!!
Dapatkan Ebook Affiliate KLIK di bawah
KLIK DISINI untuk dapatkan KOLEKSI EBOOK AFFILIATE SECARA PUKAL oleh eLibrary - Open Ebooks Directory
Electronical Books in PDF for FREE!!!
Electronical Books in PDF for FREE!!!









0 comments:
Post a Comment